Nama Janna Nick tidak lagi asing dalam Industri Lakonan di negara kita. Selepas lakonan mantap beliau didalam drama bersiri Syurga Nur yang ditayangkan di TV3, namanya kini melonjak naik setaraf artis popular yang lain. Mari kita menyingkap sedikit biodata ringkas beliau.
Biodata Janna Nick :
Nama Penuh : Nurul Jannah Binti Munan : Cina, Pakistan & Thai
Pendidikan : Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pendang
Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas
Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota (SPM - kerana tidak minat aliran sains)
Pencapaian Akademik : Mendapat 6A 2B+ dalam SPM
Antara drama yang pernah dilakonkan beliau adalah : Jodoh, Jodoh 2, Anak Ke-5, Keluarga Karaoke, Hidayahmu Ramadhan, Puasa Oh Puasa (Astro Ceria & Maya HD), Syurga Di Wajahmu, Abang Sado Jemur Kain (Iris TV3), Syurga Nur, Si Montel (HyppSensasi), dan bakal ditayangkan bermula 28 Oktober ini, drama bersiri Kau Aku Kita (Adaptasi Novel).
Pada 17 Oktober 2015, diadakan satu event khas untuk beliau bersama peminat beliau. Event "Lets Sing With Janna Nick" yang diaturkan oleh admin-admin kelab peminat Janna Nick disambut meriah walaupun diadakan tertutup. Hanya peminat bertuah seramai 50 orang saja dapat menyertai event yang diadakan julung-julung kali itu. Event tersebut berlangsung di RedBox Pavilion Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti yang diaturkan khas untuk peminat. Mari kita menyusul kemeriahan event tersebut.
No comments:
Post a Comment